Harga ayam melantun-lantun

Hmm..semalam pergi survey harga ayam siap sembelih kat kawasan2 sekitar. Baru la aku perasan harga ayam memang mahal sekarang ni. Mungkin sebab ia dah tak jadi barang kawan. Tu belum kira kalau hari perayaan. Maunya ada orang tak beli ayam sampai sudah.

Aku survey harga ayam kat tempat aku. Ada 2 pusat membeli belah aku dah survey.

ECONSAVE - RM6.55/kg
GIANT - RM 7.50/kg

Aku ada gak survey kat kedai2 runcit. So far dia dalam range RM 6.40- RM 7.50 /kg. Mahal dah harga ayam ni. Padan la ada orang tak mampu nak beli ayam macam dulu2. Ni belum lagi musim perayaan. Tak heran la kalau harga ayam ni boleh up sampai RM 10 /kg masa musim perayaan.

Di mana silapnya? Pada pendapat aku yang tak berapa cerdik ni, silapnya adalah kerajaan kerana tak kawal harga2 input peternakan ayam ni. Harga makan ayam dibiarkan melambung dan tidak dikawal selia. Bila harga input dah melantun...harga ayam runcit sudah tentu turut ikut naik. Langkah yang paling perlu ialah kawal harga input sektor ternakan. Kalau nak subsidi, tak payah subsidi kepada penternak. Subsidi tu seharusnya disalurkan kepada input2 ternakan ni. Jadi harga input akan menjadi rendah dan stabil. Seterusnya harga ayam sembelih dan siap dibersih dipasaran akan turun dan stabil dengan sendirinya.

Selalunya bukan YB2 atau Pak Menteri nak dengar apa yang kita cakap ni. Yang penting apa yang aku rasa..aku dah luahkan...terpulang la kepada kita nak menilai dan berfikir...

Monday, July 5, 2010 at 12:07 AM

0 Comments to "Harga ayam melantun-lantun"

Post a Comment