Hentikan jualan minyak sapi QBB





Oleh: SM Mohamed Idris 23/8/2010

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan supaya menarik balik dengan segera penjualan minyak sapi QBB yang dijual di Malaysia.

Ini berikutan penarikan balik status halal minyak sapi yang telah ditarik balik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berdasarkan bahawa ia mengandungi elemen yang meragukan.

CAP telah berhubung dengan Jakim berhubung kesahihan status halal minyak sapi sejak Julai tahun ini. Dalam jawapannya kepada CAP yang bertarikh 20 Ogos 2010, pihak Jakim telah memaklumkan kepada CAP bahawa mereka sedang menarik balik status halal minyak sapi itu sehingga mereka yakin dengan status halal produk itu.

Jakim dan Jabatan Kimia telah menguji minyak sapi itu dan mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan dan oleh sebab itu tidak boleh dimakan oleh umat Islam dan mereka yang mengamalkan memakan sayuran sahaja.

CAP menggesa rakyat Malaysia supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim.

Kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan mestilah dengan segera mengambil tindakan untuk menarik balik sepenuhnya produk itu dari pasaran kerana ia sesuatu yang serius dan memerlukan tindakan segera.


Penulis adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan boleh dihubungi di talian tel: 04 8299511 faks: 04 8298109 e-mel: idrismd@tm.net.my

Monday, August 23, 2010 at 8:44 PM , 0 Comments

Senarai hitam saman ekor, trafik ditarik balik

Kabinet hari ini memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu, bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, bermula hari ini hingga 28 Feb tahun depan.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha (kanan) berkata keputusan itu diambil setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri.

Tempoh itu diambil kira berikutan musim perayaan bermula dari sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.

"Namun tidak ada diskaun akan diberi kepada notis-notis sedia ada yang masih belum diselesaikan dan notis itu juga tidak akan dihapus kira," katanya.

"Pada masa yang sama kepada mereka yang disenarai hitamkan atau yang mempunyai notis-notis yang perlu dijelaskan, mereka tetap perlu menjelaskannya."

Katanya selepas 28 Feb 2011, tindakan senarai hitam itu akan dilaksanakan semula.

"Saya nasihatkan bahawa mereka yang mempunyai notis-notis itu perlu menjelaskan sekaligus atau secara ansuran."

"Untuk mereka yang membayar dan menyelesaikan notis-notis itu dalam tempoh masa kelonggaran ini, mereka tidak akan dikenakan markah demerit.

"Sistem yang lebih terperinci supaya mereka yang mempunyai notis yang belum selesai, berapa lama mereka boleh memperbaharui lesen memandu dan untuk memperbaharui cukai jalan akan ditentukan dalam satu dua hari ini," katanya.

- Bernama

Thursday, August 12, 2010 at 12:54 AM , 0 Comments

10 Amazing Facts About Honey


Below are 10 amazing facts about honey that most people have no idea about. It is amazing what kind of health benefits can be found in foods given to us by mother nature herself. Simply adding natural foods like honey in place of more fattening options can make your body feel fresh and rejuvenated. Take a moment to read through all of these interesting facts about honey and see if you learn something interesting.
1. Honey is the only non man-made sweetener which also is considered to have healing effects.
2. Honey has a pH level around 3-4 and consists of roughly 18% water. Because of this honey is a very stable substance and can last hundreds of years if properly stored.
3. Honey can reduce fat deposits found in our cardiovascular system.
4. Honey will not ferment in your stomach like refined table sugar or sucrose does. Because of this it does not subject you to a risk of bacterial infection.
5. Honey is the simplest possible molecular form of sugar, which cannot be broken down any further. This allows it to travel directly from the small intestine to the blood stream while not causing any problems to the digestive system like sucrose.
6. Honey is a top choice as fuel for burning body fat during sleep since it has an equal ratio of fructose to glucose.
7. Honey is the best substance to use to treat burns. Honey can effectively subdue pain while quickly healing a wound without scarring.
8. Vitamins as well as antioxidants are found in honey. One special antioxidant known as ‘pinocembrin’ is found only in honey.
9. Honey is known to be a very effective and safe solution to children’s coughs, even more so than over-the-counter medicines.
10. Some recent studies have shown that athletes who consumed honey before and after physical activity have recovered faster than those athletes who did not consume any honey at all.
Given your new found knowledge of honey, now hopefully you can use it’s health benefits to your advantage. Keep in mind, the more natural the honey, the better. The honey found at your local fast-food chain is not going to give you the same health benefits as fresh natural honey straight from the bees nest. Start adding small amounts of natural honey to your meals to enjoy the health benefits it can offer you.
Author: Matt Boraz
www.associatedcontent.com

Tuesday, August 10, 2010 at 10:17 PM , 0 Comments

Hotel yang memiliki sijil HALAL 2010

Sempena bulan ramadhan yang mulia ni, mungkin ramai yang nak berbuka puasa di hotel. Sebelum buat tempahan atau pergi ke hotel2 tersebut, better kita tahu samada hotel2 berkenaan mempunyai sijil HALAL atau tidak..
SENARAI HOTEL YANG MEMPUNYAI SIJIL HALAL 2010 :

Hotel 5 Bintang :
 
1) Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya 
2) Hotel Evergreen Laurel , Pulau Pinang
3) Hotel Grand Dorsett, Labuan
4) Hotel Pan Pacific KLIA
5) Hotel Legend , KL
6) Hotel Grand Bluewave , Shah Alam
7) Tradewinds Hotels & Resorts, Johor Bahru
8) Hotel Istana, Kuala Lumpur


Hotel 4 Bintang :
 
1) Hotel Ancasa Kuala Lumpur
2) Hotel Cititel Pulau Pinang
3) Hotel Crystal Crown, KL
4)Hotel Grand Seasons, KL
5) Hotel Armada, Petaling Jaya
6) Hotel Seri Malaysia, Alor Setar
7) Hotel Ming Court, KL
8) Hotel the Summit, USJ Subang
9) PNB Darby Park, Executives Suite, KL


Hotel 3 Bintang :
 
1) Hotel Brisdale International, KL
2) Hotel Dynasty, KL
3) Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands
4) Hotel Seri Malaysia, Marang
5) Hotel KL, Jalan Raja Muda
6) Hotel Nilai, Negeri Sembilan
7) Hotel PG, KL
8) Hotel Puteri Park, KL
9) Hotel Quality, KL
10) Hotel Residence , Kajang
11) Hotel The Paramount, Sibu
12) Hotel Plaza, KL


Dua Bintang :

1) Hotel Seri Malaysia, Kuantan
2) Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani
3) Hotel Seri Malaysia , Bagan Lalang


Sumber : Berita Kosmo dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)





Dimaklumkan Panel Pengesahan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bersidang pada 30 Jun 2010 telah mengambil keputusan MENARIK BALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang telah diberikan kepada Hotel Grand Season, Kuala Lumpur kerana telah melanggar piawaian "MANUAL PROSEDUR PENSIJILAN HALAL MALAYSIA" berkuatkuasa serta merta. (12/7/2010)



Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my

JOHOR BAHRU – Hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil perakuan halal dilarang menggunakan istilah ‘Bufet Ramadan’ kerana ia boleh mengelirukan umat Islam.
Pengarah Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Saimah Mukhtar berkata, hotel yang memiliki sijil perakuan halal daripada Jakim atau jabatan agama negeri sahaja boleh menggunakan istilah tersebut.
“Memang tidak boleh guna istilah Bufet Ramadan kerana ia mengelirukan umat Islam kecuali ada sijil perakuan halal,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Kempen 1Malaysia 1Halal di Teluk Danga di sini semalam.
Perasmian program itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman.
Saimah berkata, pengguna perlu bijak dalam membuat pilihan produk halal serta mendapatkan maklumat berkaitannya sebelum membeli atau menggunakannya.
Mengulas tentang jumlah hotel yang mempunyai dapur dengan sijil perakuan halal, beliau berkata, terdapat peningkatan kesedaran di kalangan pengusaha hotel untuk memohon sijil berkenaan.
Beliau berkata, daripada lebih 600 hotel yang memiliki restoran di negara ini, hanya 33 hotel mempunyai sijil halal daripada Jakim dan jumlah tersebut tidak termasuk sijil perakuan halal yang dikeluarkan di negeri-negeri.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan umat Islam supaya tidak memandang remeh apabila mahu berbuka puasa di mana-mana premis terutama hotel sepanjang Ramadan, malah memastikan dapurnya ada sijil halal sah dan diiktiraf.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, puasa adalah ibadat yang perlu diberikan perhatian dalam semua aspek supaya tidak terbabit dengan perkara haram termasuk ketika berbuka. “Tidak mungkin ibadat puasa bercampur dengan perkara haram.
“Kepada penganjur yang ingin menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel, pastikan dapur utama hotel itu ada sijil halal,” katanya ketika dihubungi. Menjelang Ramadan ini katanya, Jakim mendapati hotel yang mendapat sijil halal semakin meningkat, terutama selepas beberapa dialog diadakan bersama Persatuan Hotel Malaysia (MAH). “Kami dapati kesedaran hotel mendapatkan sijil halal semakin meningkat. Kami sudah mengadakan empat siri dialog dengan MAH dan dialog ini akan berterusan,” katanya.

Monday, August 9, 2010 at 8:38 PM , 0 Comments

Muhyiddin setuju 1 Malaysia gagal, perlu lebih masa

August 03, 2010
PUTRAJAYA, 3 Ogos — Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa slogan 1 Malaysia telah gagal mencapai matlamat untuk menyatukan rakyat negara ini.
“Saya bersetuju dengan pandangan beliau (Dr Mahathir). Kami tidak mengatakan bahawa dalam tempoh satu tahun setiap orang akan faham slogan 1 Malaysia yang dilancarkan oleh perdana menteri, tetapi saya yakin bahawa mereka mungkin faham.

“Saya percaya bahawa ramai yang belum memahami dengan mendalam makna 1 Malaysia,” kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat jawatankuasa mengenai pembangunan belia di Perdana Putra di sini.

Bagaimanapun Muhyiddin mempertahankan slogan 1 Malaysia sambil menjelaskan bahawa orang ramai memerlukan lebih masa untuk memahaminya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno menambah, sesetengah kumpulan dengan sengaja mensabotaj pelaksanaan konsep 1 Malaysia.

“Bagaimanapun ada kecenderungan di mana pemahaman dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan tertentu, walaupun dijelaskan oleh perdana menteri bahawa 1 Malaysia adalah berdasarkan perlembagaan negara kita.

“Apa jua tafsiran, ia tidak harus lari daripada semangat perlembagaan seperti hak Bumiputera, Bahasa Malaysia, kebudayaan, agama dan raja.

Kata Muhyiddin, memandangkan konsep 1 Malaysia adalah sesuatu yang dinamik, bukannya statik, sudah tentu ada orang yang akan membuat tafsiran mengikut kepentingan mereka.

“Jadi, langkah harus diambil oleh kerajaan untuk memberi penjelasan dan mengadakan program bagi membenarkan orang ramai memahami apa itu 1 Malaysia,” katanya lagi.

Semalam, Dr Mahathir berkata, penjelasan terperinci dan menyeluruh berhubung 1 Malaysia, yang diperkenalkan pentadbiran Najib lebih setahun lalu, wajar diberi bagi mengelak pandangan berbeza di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

“Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu, masing-masing  ada pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan, saya berpendapat satu penjelasan perlu dibuat,” kata bekas perdana menteri.

“Mereka (rakyat) tidak tahu yang mana satu, yang mana untuk orang Cina dan yang mana untuk orang Melayu. Kalau suruh saya buat  penjelasan, mana saya tahu bukan saya yang buat slogan itu,” katanya.

Pada 9 Julai lalu, hasil kajian dikeluarkan firma kajian pendapat umum, Merdeka Center juga menunjukkan konsep 1 Malaysia tidak popular di kalangan bukan Bumiputera.

Menurut penemuan itu, kalangan bukan Bumiputera menganggap ia hanya satu usaha Barisan Nasional (BN) mahu memikat sokongan bukan Melayu dan Bumiputera.

Hasil kajian itu berkata hanya 39 peratus masyarakat bukan Bumiputera menerima konsep 1 Malaysia walaupun sudah lebih setahun diperkenalkan.

Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Najib sebagai gagasan pentadbirannya 15 bulan yang lalu. Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam awal April 2009.

Pada Mac lalu, kajian Jabatan Penerangan mendapati rakyat keseluruhan tahu kewujudan konsep 1 Malaysia tetapi masih belum mencapai kefahaman penuh tentang konsepnya.

Kajian yang dibuat jabatan itu mendapati 80 peratus daripada rakyat negara ini mengetahui berkenaan 1 Malaysia, namun penjelasan mereka tidak menggambarkan pemahaman penuh berkenaan intipati gagasan itu.

Sumber

Monday, August 2, 2010 at 11:58 PM , 0 Comments

Jakim perlu perkenal logo haram, kata Pemuda PAS

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Dewan Pemuda PAS mengesyorkan kerajaan memperkenalkan logo haram bagi mengatasi masalah lambakan barangan atau produk haram yang semakin membimbangkan umat Islam.

Malah sayap pemuda PAS itu juga meraskan bahawa langkah itu perlu diambil memandangkan terdapat sesetangah produk yang menggunakan logo halal secara palsu.
“Fenomena ini mencetus kekeliruan dan memerangkap umat Islam dalam persaingan dunia perniagaan yang tidak bertanggungjawab,” kata Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan At-Tantawi.

Kata Nasrudin, selain tindakan tegas dan penguatkuasaan secara serius pihak kerajaan dan berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pihak berwajib juga mesti berani untuk mengisytiharkan produk-produk haram di pasaran agar tidak mengelirukan umat Islam.

“Setelah rakyat dididik dengan logo halal untuk menarik masyarakat pengguna agar mengambil dan menggunakan barangan halal, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengira menjadi satu kewajipan juga bagi pihak kerajaan dan berkuasa agama mendidik rakyat dengan logo haram untuk menjauhkan masyarakat umat Islam dari mengambil dan menggunakan barangan haram,” kata beliau.
Kata Nasrudin, “sebelum ini telah banyak kali kita dengar pihak tertentu memalsukan logo halal untuk melariskan jualan mereka.”

Justeru katanya, mereka melihat logo halal boleh menarik orang untuk membeli barangan mereka biarpun tidak menepati piawaian barangan halal sementara pihak Jakim tidak mempunyai skuad yang mencukupi untuk membuat pemantauan yang serius.

“Dewan Pemuda PAS menjangka andainya Jakim mengisytiharkan produk-produk tertentu yang tidak menepati piawaian halal sebagai produk tidak halal atau haram dan mewajibkan mereka menampal logo haram jika mereka berkeras juga untuk menjual produk tersebut, peluang untuk lambakan barangan haram di pasaran akan menjadi lebih kecil.

“Pasti tiada siapa yang akan membeli barangan yang dilekatkan logo haram jika mereka benar-benar mahu mencari produk halal di pasaran,” katanya.

Wednesday, July 28, 2010 at 10:27 PM , 0 Comments

Kaedah baru tangani pornografi di Internet, kata Rais

Photobucket
 
BATU PAHAT, 25 Julai — Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menjadikan pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan keperluan menapis bahan pornografi di internet sebagai `perisai baru’’ untuk menangani gejala negatif itu yang semakin berleluasa.

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementerian akan mencari kaedah terbaik bagi menangani masalah itu tanpa disalahertikan oleh mana-mana pihak yang kononnya mengagungkan kebebasan maklumat tanpa batasan di internet.

“Saya amat mengalu-alukan pandangan Tun (Dr Mahathir) kerana selama ini kami keseorangan dalam hal menyajikan maklumat di internet. Lebih ramai pemimpin menyuarakan hal ini, lebih mudah bagi kami.

“Dengan menggunakan tuntutan undang-undang (bagi menangani bahan pornografi), ada sahaja pihak yang cuba menyalahertikan. Sebenarnya, kita ada Seksyen 265, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menangani hal ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Mengenang Tokoh Negarawan Allahyarham Tun Hussein Onn di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) anjuran Arkib Negara di sini hari ini.

Turut hadir pada program itu adalah balu Allahyarham Tun Hussein, Tun Suhailah Tan Sri Mohamed Noah, isteri Rais, Datin Seri Masnah Rais, Ketua Pengarah Arkib Negara Datuk Sidek Jamil dan Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin.

Media baru-baru ini melaporkan Dr Mahathir menyuarakan pandangan supaya bahan pornografi di internet ditapis kerana dibimbangi menjadi punca berlaku peningkatan jenayah seksual.
Rais berkata perbincangan secara halus dan objektif akan diadakan bagi mencari mekanisme yang sesuai untuk menangani masalah itu supaya tidak disalahertikan oleh mana-mana pihak sebagai menyekat kebebasan.

Beliau menjelaskan, jika sumber bahan pornografi itu dikesan diperoleh daripada pembekal perkhidmatan internet di dalam negara, pihak kementerian boleh mengambil tindakan namun buat masa ini tidak berkeupayaan menghalang penyebaran bahan itu yang dibekalkan dari luar negara.
“Perlu ada mekanisme dalaman supaya pornografi tidak jadi bahan yang meluas di internet. Dalam masa sama, ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak supaya gejala ini dapat diatasi,” katanya. — Bernama

Sunday, July 25, 2010 at 9:08 PM , 0 Comments