Hentikan jualan minyak sapi QBB





Oleh: SM Mohamed Idris 23/8/2010

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan supaya menarik balik dengan segera penjualan minyak sapi QBB yang dijual di Malaysia.

Ini berikutan penarikan balik status halal minyak sapi yang telah ditarik balik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berdasarkan bahawa ia mengandungi elemen yang meragukan.

CAP telah berhubung dengan Jakim berhubung kesahihan status halal minyak sapi sejak Julai tahun ini. Dalam jawapannya kepada CAP yang bertarikh 20 Ogos 2010, pihak Jakim telah memaklumkan kepada CAP bahawa mereka sedang menarik balik status halal minyak sapi itu sehingga mereka yakin dengan status halal produk itu.

Jakim dan Jabatan Kimia telah menguji minyak sapi itu dan mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan dan oleh sebab itu tidak boleh dimakan oleh umat Islam dan mereka yang mengamalkan memakan sayuran sahaja.

CAP menggesa rakyat Malaysia supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim.

Kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan mestilah dengan segera mengambil tindakan untuk menarik balik sepenuhnya produk itu dari pasaran kerana ia sesuatu yang serius dan memerlukan tindakan segera.


Penulis adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan boleh dihubungi di talian tel: 04 8299511 faks: 04 8298109 e-mel: idrismd@tm.net.my

Monday, August 23, 2010 at 8:44 PM , 0 Comments

Senarai hitam saman ekor, trafik ditarik balik

Kabinet hari ini memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu, bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, bermula hari ini hingga 28 Feb tahun depan.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha (kanan) berkata keputusan itu diambil setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri.

Tempoh itu diambil kira berikutan musim perayaan bermula dari sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.

"Namun tidak ada diskaun akan diberi kepada notis-notis sedia ada yang masih belum diselesaikan dan notis itu juga tidak akan dihapus kira," katanya.

"Pada masa yang sama kepada mereka yang disenarai hitamkan atau yang mempunyai notis-notis yang perlu dijelaskan, mereka tetap perlu menjelaskannya."

Katanya selepas 28 Feb 2011, tindakan senarai hitam itu akan dilaksanakan semula.

"Saya nasihatkan bahawa mereka yang mempunyai notis-notis itu perlu menjelaskan sekaligus atau secara ansuran."

"Untuk mereka yang membayar dan menyelesaikan notis-notis itu dalam tempoh masa kelonggaran ini, mereka tidak akan dikenakan markah demerit.

"Sistem yang lebih terperinci supaya mereka yang mempunyai notis yang belum selesai, berapa lama mereka boleh memperbaharui lesen memandu dan untuk memperbaharui cukai jalan akan ditentukan dalam satu dua hari ini," katanya.

- Bernama

Thursday, August 12, 2010 at 12:54 AM , 0 Comments

10 Amazing Facts About Honey


Below are 10 amazing facts about honey that most people have no idea about. It is amazing what kind of health benefits can be found in foods given to us by mother nature herself. Simply adding natural foods like honey in place of more fattening options can make your body feel fresh and rejuvenated. Take a moment to read through all of these interesting facts about honey and see if you learn something interesting.
1. Honey is the only non man-made sweetener which also is considered to have healing effects.
2. Honey has a pH level around 3-4 and consists of roughly 18% water. Because of this honey is a very stable substance and can last hundreds of years if properly stored.
3. Honey can reduce fat deposits found in our cardiovascular system.
4. Honey will not ferment in your stomach like refined table sugar or sucrose does. Because of this it does not subject you to a risk of bacterial infection.
5. Honey is the simplest possible molecular form of sugar, which cannot be broken down any further. This allows it to travel directly from the small intestine to the blood stream while not causing any problems to the digestive system like sucrose.
6. Honey is a top choice as fuel for burning body fat during sleep since it has an equal ratio of fructose to glucose.
7. Honey is the best substance to use to treat burns. Honey can effectively subdue pain while quickly healing a wound without scarring.
8. Vitamins as well as antioxidants are found in honey. One special antioxidant known as ‘pinocembrin’ is found only in honey.
9. Honey is known to be a very effective and safe solution to children’s coughs, even more so than over-the-counter medicines.
10. Some recent studies have shown that athletes who consumed honey before and after physical activity have recovered faster than those athletes who did not consume any honey at all.
Given your new found knowledge of honey, now hopefully you can use it’s health benefits to your advantage. Keep in mind, the more natural the honey, the better. The honey found at your local fast-food chain is not going to give you the same health benefits as fresh natural honey straight from the bees nest. Start adding small amounts of natural honey to your meals to enjoy the health benefits it can offer you.
Author: Matt Boraz
www.associatedcontent.com

Tuesday, August 10, 2010 at 10:17 PM , 0 Comments

Hotel yang memiliki sijil HALAL 2010

Sempena bulan ramadhan yang mulia ni, mungkin ramai yang nak berbuka puasa di hotel. Sebelum buat tempahan atau pergi ke hotel2 tersebut, better kita tahu samada hotel2 berkenaan mempunyai sijil HALAL atau tidak..
SENARAI HOTEL YANG MEMPUNYAI SIJIL HALAL 2010 :

Hotel 5 Bintang :
 
1) Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya 
2) Hotel Evergreen Laurel , Pulau Pinang
3) Hotel Grand Dorsett, Labuan
4) Hotel Pan Pacific KLIA
5) Hotel Legend , KL
6) Hotel Grand Bluewave , Shah Alam
7) Tradewinds Hotels & Resorts, Johor Bahru
8) Hotel Istana, Kuala Lumpur


Hotel 4 Bintang :
 
1) Hotel Ancasa Kuala Lumpur
2) Hotel Cititel Pulau Pinang
3) Hotel Crystal Crown, KL
4)Hotel Grand Seasons, KL
5) Hotel Armada, Petaling Jaya
6) Hotel Seri Malaysia, Alor Setar
7) Hotel Ming Court, KL
8) Hotel the Summit, USJ Subang
9) PNB Darby Park, Executives Suite, KL


Hotel 3 Bintang :
 
1) Hotel Brisdale International, KL
2) Hotel Dynasty, KL
3) Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands
4) Hotel Seri Malaysia, Marang
5) Hotel KL, Jalan Raja Muda
6) Hotel Nilai, Negeri Sembilan
7) Hotel PG, KL
8) Hotel Puteri Park, KL
9) Hotel Quality, KL
10) Hotel Residence , Kajang
11) Hotel The Paramount, Sibu
12) Hotel Plaza, KL


Dua Bintang :

1) Hotel Seri Malaysia, Kuantan
2) Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani
3) Hotel Seri Malaysia , Bagan Lalang


Sumber : Berita Kosmo dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)





Dimaklumkan Panel Pengesahan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bersidang pada 30 Jun 2010 telah mengambil keputusan MENARIK BALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang telah diberikan kepada Hotel Grand Season, Kuala Lumpur kerana telah melanggar piawaian "MANUAL PROSEDUR PENSIJILAN HALAL MALAYSIA" berkuatkuasa serta merta. (12/7/2010)



Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my

JOHOR BAHRU – Hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil perakuan halal dilarang menggunakan istilah ‘Bufet Ramadan’ kerana ia boleh mengelirukan umat Islam.
Pengarah Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Saimah Mukhtar berkata, hotel yang memiliki sijil perakuan halal daripada Jakim atau jabatan agama negeri sahaja boleh menggunakan istilah tersebut.
“Memang tidak boleh guna istilah Bufet Ramadan kerana ia mengelirukan umat Islam kecuali ada sijil perakuan halal,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Kempen 1Malaysia 1Halal di Teluk Danga di sini semalam.
Perasmian program itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman.
Saimah berkata, pengguna perlu bijak dalam membuat pilihan produk halal serta mendapatkan maklumat berkaitannya sebelum membeli atau menggunakannya.
Mengulas tentang jumlah hotel yang mempunyai dapur dengan sijil perakuan halal, beliau berkata, terdapat peningkatan kesedaran di kalangan pengusaha hotel untuk memohon sijil berkenaan.
Beliau berkata, daripada lebih 600 hotel yang memiliki restoran di negara ini, hanya 33 hotel mempunyai sijil halal daripada Jakim dan jumlah tersebut tidak termasuk sijil perakuan halal yang dikeluarkan di negeri-negeri.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan umat Islam supaya tidak memandang remeh apabila mahu berbuka puasa di mana-mana premis terutama hotel sepanjang Ramadan, malah memastikan dapurnya ada sijil halal sah dan diiktiraf.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, puasa adalah ibadat yang perlu diberikan perhatian dalam semua aspek supaya tidak terbabit dengan perkara haram termasuk ketika berbuka. “Tidak mungkin ibadat puasa bercampur dengan perkara haram.
“Kepada penganjur yang ingin menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel, pastikan dapur utama hotel itu ada sijil halal,” katanya ketika dihubungi. Menjelang Ramadan ini katanya, Jakim mendapati hotel yang mendapat sijil halal semakin meningkat, terutama selepas beberapa dialog diadakan bersama Persatuan Hotel Malaysia (MAH). “Kami dapati kesedaran hotel mendapatkan sijil halal semakin meningkat. Kami sudah mengadakan empat siri dialog dengan MAH dan dialog ini akan berterusan,” katanya.

Monday, August 9, 2010 at 8:38 PM , 0 Comments

Muhyiddin setuju 1 Malaysia gagal, perlu lebih masa

August 03, 2010
PUTRAJAYA, 3 Ogos — Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa slogan 1 Malaysia telah gagal mencapai matlamat untuk menyatukan rakyat negara ini.
“Saya bersetuju dengan pandangan beliau (Dr Mahathir). Kami tidak mengatakan bahawa dalam tempoh satu tahun setiap orang akan faham slogan 1 Malaysia yang dilancarkan oleh perdana menteri, tetapi saya yakin bahawa mereka mungkin faham.

“Saya percaya bahawa ramai yang belum memahami dengan mendalam makna 1 Malaysia,” kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat jawatankuasa mengenai pembangunan belia di Perdana Putra di sini.

Bagaimanapun Muhyiddin mempertahankan slogan 1 Malaysia sambil menjelaskan bahawa orang ramai memerlukan lebih masa untuk memahaminya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno menambah, sesetengah kumpulan dengan sengaja mensabotaj pelaksanaan konsep 1 Malaysia.

“Bagaimanapun ada kecenderungan di mana pemahaman dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan tertentu, walaupun dijelaskan oleh perdana menteri bahawa 1 Malaysia adalah berdasarkan perlembagaan negara kita.

“Apa jua tafsiran, ia tidak harus lari daripada semangat perlembagaan seperti hak Bumiputera, Bahasa Malaysia, kebudayaan, agama dan raja.

Kata Muhyiddin, memandangkan konsep 1 Malaysia adalah sesuatu yang dinamik, bukannya statik, sudah tentu ada orang yang akan membuat tafsiran mengikut kepentingan mereka.

“Jadi, langkah harus diambil oleh kerajaan untuk memberi penjelasan dan mengadakan program bagi membenarkan orang ramai memahami apa itu 1 Malaysia,” katanya lagi.

Semalam, Dr Mahathir berkata, penjelasan terperinci dan menyeluruh berhubung 1 Malaysia, yang diperkenalkan pentadbiran Najib lebih setahun lalu, wajar diberi bagi mengelak pandangan berbeza di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

“Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu, masing-masing  ada pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan, saya berpendapat satu penjelasan perlu dibuat,” kata bekas perdana menteri.

“Mereka (rakyat) tidak tahu yang mana satu, yang mana untuk orang Cina dan yang mana untuk orang Melayu. Kalau suruh saya buat  penjelasan, mana saya tahu bukan saya yang buat slogan itu,” katanya.

Pada 9 Julai lalu, hasil kajian dikeluarkan firma kajian pendapat umum, Merdeka Center juga menunjukkan konsep 1 Malaysia tidak popular di kalangan bukan Bumiputera.

Menurut penemuan itu, kalangan bukan Bumiputera menganggap ia hanya satu usaha Barisan Nasional (BN) mahu memikat sokongan bukan Melayu dan Bumiputera.

Hasil kajian itu berkata hanya 39 peratus masyarakat bukan Bumiputera menerima konsep 1 Malaysia walaupun sudah lebih setahun diperkenalkan.

Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Najib sebagai gagasan pentadbirannya 15 bulan yang lalu. Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam awal April 2009.

Pada Mac lalu, kajian Jabatan Penerangan mendapati rakyat keseluruhan tahu kewujudan konsep 1 Malaysia tetapi masih belum mencapai kefahaman penuh tentang konsepnya.

Kajian yang dibuat jabatan itu mendapati 80 peratus daripada rakyat negara ini mengetahui berkenaan 1 Malaysia, namun penjelasan mereka tidak menggambarkan pemahaman penuh berkenaan intipati gagasan itu.

Sumber

Monday, August 2, 2010 at 11:58 PM , 0 Comments

Jakim perlu perkenal logo haram, kata Pemuda PAS

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Dewan Pemuda PAS mengesyorkan kerajaan memperkenalkan logo haram bagi mengatasi masalah lambakan barangan atau produk haram yang semakin membimbangkan umat Islam.

Malah sayap pemuda PAS itu juga meraskan bahawa langkah itu perlu diambil memandangkan terdapat sesetangah produk yang menggunakan logo halal secara palsu.
“Fenomena ini mencetus kekeliruan dan memerangkap umat Islam dalam persaingan dunia perniagaan yang tidak bertanggungjawab,” kata Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan At-Tantawi.

Kata Nasrudin, selain tindakan tegas dan penguatkuasaan secara serius pihak kerajaan dan berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pihak berwajib juga mesti berani untuk mengisytiharkan produk-produk haram di pasaran agar tidak mengelirukan umat Islam.

“Setelah rakyat dididik dengan logo halal untuk menarik masyarakat pengguna agar mengambil dan menggunakan barangan halal, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengira menjadi satu kewajipan juga bagi pihak kerajaan dan berkuasa agama mendidik rakyat dengan logo haram untuk menjauhkan masyarakat umat Islam dari mengambil dan menggunakan barangan haram,” kata beliau.
Kata Nasrudin, “sebelum ini telah banyak kali kita dengar pihak tertentu memalsukan logo halal untuk melariskan jualan mereka.”

Justeru katanya, mereka melihat logo halal boleh menarik orang untuk membeli barangan mereka biarpun tidak menepati piawaian barangan halal sementara pihak Jakim tidak mempunyai skuad yang mencukupi untuk membuat pemantauan yang serius.

“Dewan Pemuda PAS menjangka andainya Jakim mengisytiharkan produk-produk tertentu yang tidak menepati piawaian halal sebagai produk tidak halal atau haram dan mewajibkan mereka menampal logo haram jika mereka berkeras juga untuk menjual produk tersebut, peluang untuk lambakan barangan haram di pasaran akan menjadi lebih kecil.

“Pasti tiada siapa yang akan membeli barangan yang dilekatkan logo haram jika mereka benar-benar mahu mencari produk halal di pasaran,” katanya.

Wednesday, July 28, 2010 at 10:27 PM , 0 Comments

Kaedah baru tangani pornografi di Internet, kata Rais

Photobucket
 
BATU PAHAT, 25 Julai — Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menjadikan pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan keperluan menapis bahan pornografi di internet sebagai `perisai baru’’ untuk menangani gejala negatif itu yang semakin berleluasa.

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementerian akan mencari kaedah terbaik bagi menangani masalah itu tanpa disalahertikan oleh mana-mana pihak yang kononnya mengagungkan kebebasan maklumat tanpa batasan di internet.

“Saya amat mengalu-alukan pandangan Tun (Dr Mahathir) kerana selama ini kami keseorangan dalam hal menyajikan maklumat di internet. Lebih ramai pemimpin menyuarakan hal ini, lebih mudah bagi kami.

“Dengan menggunakan tuntutan undang-undang (bagi menangani bahan pornografi), ada sahaja pihak yang cuba menyalahertikan. Sebenarnya, kita ada Seksyen 265, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menangani hal ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Mengenang Tokoh Negarawan Allahyarham Tun Hussein Onn di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) anjuran Arkib Negara di sini hari ini.

Turut hadir pada program itu adalah balu Allahyarham Tun Hussein, Tun Suhailah Tan Sri Mohamed Noah, isteri Rais, Datin Seri Masnah Rais, Ketua Pengarah Arkib Negara Datuk Sidek Jamil dan Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin.

Media baru-baru ini melaporkan Dr Mahathir menyuarakan pandangan supaya bahan pornografi di internet ditapis kerana dibimbangi menjadi punca berlaku peningkatan jenayah seksual.
Rais berkata perbincangan secara halus dan objektif akan diadakan bagi mencari mekanisme yang sesuai untuk menangani masalah itu supaya tidak disalahertikan oleh mana-mana pihak sebagai menyekat kebebasan.

Beliau menjelaskan, jika sumber bahan pornografi itu dikesan diperoleh daripada pembekal perkhidmatan internet di dalam negara, pihak kementerian boleh mengambil tindakan namun buat masa ini tidak berkeupayaan menghalang penyebaran bahan itu yang dibekalkan dari luar negara.
“Perlu ada mekanisme dalaman supaya pornografi tidak jadi bahan yang meluas di internet. Dalam masa sama, ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak supaya gejala ini dapat diatasi,” katanya. — Bernama

Sunday, July 25, 2010 at 9:08 PM , 0 Comments

Ke mana pergi subsidi kami?

Photobucket

Ke mana pergi subsidi kami?
by Dr Mohd Asri Zainul Abidin

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju..
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara..
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja..
kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta..
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta..
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu..
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?
apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah..?
papa semakin parah..? wang semakin lelah..?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah..
kerana kerajaan kita sedang susah..?
maka subsidi kita terpaksa diserah..
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh..
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah..?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang..
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi..
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang..
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang..
dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami..
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati..
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja
pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia..

Photobucket
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak..
sedangkan kalian manusia angkasa..
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa..
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga..
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara..
tapi kami masih di sini..di teratak ini..
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam..
dengan rumah yang suram..
dengan wang yang hampir padam..
tiada istana lawa..tiada kereta berharga..
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri..tiada hidangan v.i.p..
tiada persen di sana-sini..tiada bahagian anak dan bini..
tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara..
aduhai celaka bahasa yang kalian guna..
kalian yang belasah, kami yang bersalah..
kalian buat untung, hutang kami tanggung..
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang..
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa..
kalian makan isi, kami dijadikan abdi..
lantas, kalian rampas lagi subsidi..
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami..
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta..
mengapa tambang tidak potong sahaja..
tapi entah berapa kali janji..
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti..
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi..
kami terus termanggu di sini..
kalian juga yang nikmati..
kami hanya menggigit jari..
kembalikanlah kepada kami harta negara..
jangan hanya kalian sahaja yang merasa..

Photobucket

Saturday, July 24, 2010 at 8:39 PM , 0 Comments

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
____________________________________________________________________________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Photobucket

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Photobucket

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

Photobucket

Photobucket

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Photobucket
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Source

Untuk rujukan tambahan

Wednesday, July 14, 2010 at 9:49 PM , 0 Comments

How to: Mengesan rakan rakan Yahoo Messenger anda yang berstatus 'INVISIBLE'

Ahah..Yahoo Messenger ni rasanya ramai yang guna. Sebagai penghubung antara kita dan rakan-rakan. Bila kita online, kita boleh buat pilihan samada untuk berstatusonline atau pun invisible. Rakan-rakan kita juga mungkin sedang online tetapi 'menyorok' dibalik tabir menggunakan status invisible.

Bagaimana untuk mengesan status mereka???...Senang aje.. Dibawah ni disenaraikan laman2 web yang boleh digunakan untuk mengesan mereke2 yang suka menyorok. Klik je pada gambar dibawah ni untuk terus ke laman2 web tersebut.
















Tuesday, July 13, 2010 at 9:02 PM , 0 Comments

Teka silangkata Online

Sebut pasal teka silangkata nih, dulu2 memang minat giler main menda nih. Masa tu Berita Harian kan ada buat peraduan teka silangkata mingguan. Punya ler beriya membuatnya. Sampai beli Kamus Dewan. Tapi memang susah betul nak menang. Akhbar BH ni pun pandai. Ada kotak2 tertentu memang jadik 'kiiler' word punya. Kekadang kita ada dua pilihan yang boleh digunakan untuk dimuatkan dalam kotak2 tersebut. Anyway, kalau dah takde rezeki tu...takdela jugak. Yang penting, kita memperolehi menafaat dan dapat belajar sesuatu daripada aktiviti yang kita lakukan.

Sekarang ni dah ada teka silangkata online weh. Hah...kepada sesapa yang hobi main menda nih, memang cantik sangat. Sekurang2nya adaler aktiviti nak dibuat pada masa lapang.



Berminat?..klik SINI.

Monday, July 12, 2010 at 5:18 PM , 1 Comment

Harga ayam melantun-lantun

Hmm..semalam pergi survey harga ayam siap sembelih kat kawasan2 sekitar. Baru la aku perasan harga ayam memang mahal sekarang ni. Mungkin sebab ia dah tak jadi barang kawan. Tu belum kira kalau hari perayaan. Maunya ada orang tak beli ayam sampai sudah.

Aku survey harga ayam kat tempat aku. Ada 2 pusat membeli belah aku dah survey.

ECONSAVE - RM6.55/kg
GIANT - RM 7.50/kg

Aku ada gak survey kat kedai2 runcit. So far dia dalam range RM 6.40- RM 7.50 /kg. Mahal dah harga ayam ni. Padan la ada orang tak mampu nak beli ayam macam dulu2. Ni belum lagi musim perayaan. Tak heran la kalau harga ayam ni boleh up sampai RM 10 /kg masa musim perayaan.

Di mana silapnya? Pada pendapat aku yang tak berapa cerdik ni, silapnya adalah kerajaan kerana tak kawal harga2 input peternakan ayam ni. Harga makan ayam dibiarkan melambung dan tidak dikawal selia. Bila harga input dah melantun...harga ayam runcit sudah tentu turut ikut naik. Langkah yang paling perlu ialah kawal harga input sektor ternakan. Kalau nak subsidi, tak payah subsidi kepada penternak. Subsidi tu seharusnya disalurkan kepada input2 ternakan ni. Jadi harga input akan menjadi rendah dan stabil. Seterusnya harga ayam sembelih dan siap dibersih dipasaran akan turun dan stabil dengan sendirinya.

Selalunya bukan YB2 atau Pak Menteri nak dengar apa yang kita cakap ni. Yang penting apa yang aku rasa..aku dah luahkan...terpulang la kepada kita nak menilai dan berfikir...

Monday, July 5, 2010 at 12:07 AM , 0 Comments

Kereta isteri ku tak bercukai jalan

Aduh...apa punya sengal la. Ceritanya cenggini...kereta orang rumah aku roadtax dah mati. Aku pun pergi la ke bank untuk hidupkan roadtax tuh. Kena bayar RM680 all in. Ok la. no problem. Esoknya tu, bank telefon..."cik..kereta encik tak boleh hidup roadtax sebab ada saman". Adeh..apa pulak saman2 ni. Hmmm...tanya orang rumah ada ke kena saman. Dia cakap tak ada.

Esoknya aku suruh orang rumah pergi check saman kat balai. Mak aiii..ada 5 saman ekor. Aduiii....banyak nak kena bayar. Kalau tak bayar, road tax tak boleh renew. Apa la punya zalim kerajaan ni. Kalau semua selepuk nak bayar, kesian kat bini aku tu. Habis la duit gaji dia buat bayar saman tu. Saman tu pun belum tentu betul ke tidak. Hati aku mula panass dengan peraturan ni.

Hari ni...isteri aku pergi kerja dengan kereta tak bercukai jalan. Nak buat cemana? Kalau tak pergi kerja kena pecat lak kang. Nak hidup roadtax tak boleh sebab ada saman ekor. Kalau jadik apa2 kat orang rumah aku tu..sapa mau tanggung? Siapa yang jadi punca permasalahan?

Aku pun hairan kenapa kerajaan semenjak dua menjak ni jadi macam bangsat sangat. Mana perginya slogan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Sumer pembohong!!!! Terus terang aku cakap...BN takkan dapat undi aku. Itu hak aku.

Ini la luahan rasa aku sebagai rakyat Malaysia. Bukan aku tak berterima kasih, tapi timbang rasa la sikit. Jangan sampai satu masa esok, kerajaan yang ada pada hari ini baru sedar yang rakyat benci mereka dan gunakan undi mereka sebagai protes! ...dah terlambat....

Sunday, July 4, 2010 at 10:14 PM , 0 Comments

Kerajaan rugi RM 2.7 Billion kerana Saman Ekor ?


"Kira-kira RM 2.7 Billion gagal dikutip kerajaan antara tahun 2000 dan 2008, kata Timbalan Menteri Pengangkutan. Kutipan saman bukan hanya bertujuan mendapatkan hasil tetapi juga bagi meningkatkan persepsi ditangkap di kalangan pengguna jalan raya agar mereka lebih berhati-hati.


Sebelum ini saya ada menulis prosedur Saman Ekor menganiaya sesetengah pemilik kenderaan yang tidak bersalah. Pemandu yang bersalah terus bebas. Ulasan sepenuhnya di  http://waghih.blogspot.com/2010/06/haramkan-saman-ekor-pdrm.html
Sekarang RM2.7 Billion saman tertunggak, majoriti adalah saman polis.
Adakah ianya majoriti dari saman ekor ?  Kalau saman ekor , yang kena saman ialah pemilik kenderaan. Pemandu yang bersalah kalau dia bukan pemilik kenderaan, dia tak akan bayar samannya sampai bila-bila.
Menteri Dalam Negeri , tolonglah kaji balik sistem Saman Ekor ni. Buatlah macam negara lain, kalau nak saman, saman pemandu pada masa kejadian.
Berikan lebih anggota polis untuk saman laju. Saman ekor perlu seorang anggota polis sahaja, saman pemandu mungkin memerlukan 10 anggota polis untuk buat sekatan jalanraya. Juga bekalkanlah polis dengan kereta peronda yang boleh pergi 200 km/j bila ada saman laju, biar kereta peronda tadi boleh kejar pemandu yang memandu laju. Takkanlah polis nak kejar dengan Kancil atau Waja kereta Mercedes, Volvo, Bas Xpress , Evo , GTO dsbnya.
**************************
Dewan Rakyat: 16.5 Juta Saman Dengan Nilai RM2.7 Bilion Gagal Dikutip
KUALA LUMPUR, 30 Jun 2010 (Bernama) -- Kira-kira RM2.7 bilion daripada 16,529,848 saman tertunggak lalu lintas gagal dikutip kerajaan antara tahun 2000 dan 2008, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri. 
Daripada jumlah itu, majoriti adalah saman polis sebanyak 15,220,358 manakala yang lain melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak 470,983 dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebanyak 838,507 saman.
 
"Bagi saman yang dikeluarkan tahun lepas sehingga kini, ia adalah saman aktif yang masih menjadi saman kitaran semula," katanya ketika menjawab soalan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) pada persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.
 
Mohd Nor mahu tahu jumlah kutipan saman yang gagal dikutip kerajaan sehingga April tahun ini.
 
Abdul Rahim berkata bagi memastikan saman tertunggak tersebut dikutip, beberapa pendekatan termasuk menyekat urusniaga seperti pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu berdasarkan peruntukan Seksyen 115, Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pemandu yang tidak dapat dikesan.
 
Usaha lain yang dilakukan ialah memperuntukkan kira-kira RM282 juta bagi menambah baik sistem pungutan pengkomputeran JPJ yang dikenal pasti masih berkapasiti rendah bagi membolehkan kapasiti pungutan ditingkatkan.
 
"Kita juga menyediakan perkhidmatan online bagi pembatalan sekatan dan penyenaraian hitam di antara JPJ dan agensi lain khususnya PDRM dan mewujudkan pusat sehenti supaya pembayaran saman boleh dilakukan di mana-mana selain pembayaran secara online dan kad kredit," katanya.
 
Sementara itu ketika menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang mencadangkan supaya saman itu dihapuskan, Abdul Rahim berkata cadangan itu sukar untuk dipertimbangkan.
 
"Kutipan saman bukan hanya bertujuan mendapatkan hasil tetapi juga bagi meningkatkan persepsi ditangkap di kalangan pengguna jalan raya agar mereka lebih berhati-hati," katanya.
 
 
*******************
RM2.7b saman lalu lintas gagal dikutip
KUALA LUMPUR 30 Jun - Sebanyak 16.5 juta saman lalu lintas bernilai RM2.7 bilion yang diklasifikasikan tertunggak gagal dikutip kerajaan antara 2000 hingga 2008. 
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, saman itu membabitkan tiga agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan 15,220,358 saman, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), 470,983 saman dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), 838,507 saman.
 
"Saman yang dikeluarkan pada 2009 sehingga sekarang adalah saman aktif yang masih tidak dianggap sebagai tertunggak," katanya.
 
Beliau menjawab soalan Mohd. Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) yang bertanya mengenai jumlah kutipan saman yang gagal dikutip kerajaan sehingga April tahun ini pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
 
Menjawab soalan tambahan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang mencadangkan saman itu dihapuskan, Abdul Rahim berkata, tindakan menyaman itu bukan semata-mata untuk mendapatkan hasil tetapi bagi mewujudkan persepsi 'ditangkap' di kalangan pengguna jalan raya agar mereka lebih berhati-hati.
"Berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), persepsi 'ditangkap' di kalangan pengguna jalan raya kini hanya 35 peratus. "Apabila kita kenakan saman, kebanyakan pengguna masih menganggap tiada tindakan akan diambil. Ini berpunca daripada kelemahan kita untuk mengutip saman," katanya.
Dalam usaha mengutip saman tertunggak, katanya, kerajaan akan mengambil pelbagai langkah termasuk menyekat pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu berdasarkan peruntukan Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pemandu yang tidak dapat dikesan.
Katanya, kerajaan turut memperuntukkan RM282 juta bagi menambah baik sistem pengkomputeran JPJ yang masih berkapasiti rendah untuk membolehkan kutipan saman tertunggak ditingkatkan. "Pusat sehenti bagi membayar saman akan diperbanyakkan, selain memperkenalkan pembayaran secara dalam talian dan kad kredit," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_06.htm 



KOMEN : Memang ada yang tak betul dengan kaedah saman ni. Memang ramai orang akan teraniaya. Memang tak patut!

Thursday, July 1, 2010 at 7:50 PM , 0 Comments

Saman Ekor Bukan Menyusahkan Tetapi Menganiayakan

Dari Blog Mohd Sayuti Omar http://msomelayu.blogspot.com/2010/06/ilham-ahad.html


SEMUA rakyat yang sayangkan negara mengalu-alukan langkah kerajaan berusaha untuk menambahkan pendapatan negara. Dalam keadaan ekonomi meleset manakala pemimpin pula terkial-kial mencari idea macam mana untuk menambah pendapatan, apa juga ikhtiar oleh kerajaan perlu disokong oleh rakyat. Kerjasama dan sokongan rakyat sangat penting. Kalau tanpa sokongan rakyat usaha yang baik kerajaan tidak akan berhasil dan tanpa sokongan rakyat ia tidak membawa berkat.

Bagaimana pun dalam hal ini kerajaan hendaklah memahami masalah rakyat. Janganlah semata-mata kerana kerana hendak tambah wang perbendahraan negara maka rakyat jadi mangsa. Dikikis wang dari saku rakyat. Memang pun rakyat perlu dimangsakan, tetapi jangan melampau sehingga menyusahkan.

Ada beberapa tindakan kerajaan menunjukkan kerajaan begitu terdesak kerana ketiadaan wang dan rakyat dimangsakan sesuka hatinya.

Salah satu ialah mengenai tindakan pihak polis dan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) yang tiba-tiba jadi iseng menguatkuasakan tindakan menyenaraihitamkan kenderaan yang disaman sehinggakan sukar untuk empunya memperbahari cukai jalan adalah satu tindakan menganiayakan rakyat.

Pelik, sebelum ini kenderaan yang disaman ekor tidak disenaraihitamkan. Tetapi mulai April lalu ianya telah disenarai hitamkan. Saman yang tertunggal beberapa tahun sebelum yang diberikan pengecualian tiba-tiba dikenakan tindakan tegas. Sikap tiba-tiba menjadi iseng oleh JPJ dan polis ini menunjukkan keterdesakan kerajaan dalam mencari wang!

Tindakan itu bertentangan dengan slogan Najib Razak Rakyat Didahlukan Pencapaian Diutamakan. Memahami dari seruan Najib itu, PM itu mahu memberikan kesenangan dan keselesaan kepada rakyat disamping para pegawai kerajaan dan agensinya pula berusaha sebaik mungkin mempertingkatkan mutu kerja. Apakah bagi polis dengan menguatkuasakan tindakan itu sebahagian kerja baik mereka?

Kalau polis atau JPJ menyahut seruan Najib ini sudah pasti tindakan menguatkuasakan tindakan menyenarai hitam kenderaan ini tidak dilakukan sewenang-wenangnya. Ataupun kalau hendak dikuatkuasakan haruslah dinotiskan dulu dan tidak melaksanakan undang-undang ikut suka hati dan nafsu saja.

Mungkin kalangan rakyat yang terlibat dengan masalah ini dapat merasakan bagaimana kerajaan khasnya pihak polis dan JPJ menganiaya mereka. Bayangkan berapa seseorang kena bayar kalau mereka ada dua atau tiga saman? Bukankah separuh gaji mereka harus diberikan kepada Polis hanya untuk mendapat cukai jalan baru. Ini tidak adil kerana kesalahan yang ditunding kepada mereka belum pasti lagi betul atau tidak.

Saya baru mendapat tahu hal ini dari beberapa orang rakan yang menghadapi kesulitan untuk memperbaharui cukai jalan masing-masing. Rata-rata mereka mengeluh dan menyatakan kerajaan tidak adil, menyusahkan dan menganiayakan.

Sebelum ini kenderaan yang disaman ekor (saman poerangkap laju) tidak dikenakan tindakan kenderaan disenarai hitamkan. Tuan punya masih boleh memperbaharui kenderaan masing-masing. Hanya saman di sekatan jalan yang ditanda tangani langsung oleh pemandu saja yang dikuatkuasakan. Mana-mana saman demikian kalau tidak dilunasi pihak JPJ tidak akan memperaharui cukai jalan melainkan selepas menjelaskan kepada pihak polis.

Rasanya kelonggaran ini ada baiknya dan masih dirasakan tidak begitu menganiayakan rakyat. Manakala saman yang ditandan tangani patutlah kuatkuasakan. Ada alasannya kerana saman yang ditanda tangani itu jelas kenderaan itu melakukan kesalahan. Polis dan pemandu kenderaan itu sendiri dapat mengetahui akan kesalahan mereka.

Berlainan dengan saman ekor, (perangkap laju) di mana polis bersembunyi di dalam semak atau di balik tembok. Di mana tuan punya kenderaan tidak mengetahui apakah dan dimana kesalahan mereka. Selalu terjadi bila mana kenderaan mereka dibawa oleh orang lain. Walaupun pihak polis ada mengeluarkan surat minta penjelasan siapa yang memandu kenderaan tempoh hari, tetapi surat penjelasan itu tidak pratikal.

Adakalanya surat tidak sampai kerana pertukaran alamat. Kalau mengikut prosuder biasa mana-mana saman yang tidak diserahkan sendiri kepada si pesalah ianya tidak boleh dibawa ke mahkamah?

Peraturan atau sistem saman sebegini tidak praktikal sebenarnya. Ia juga lebih kepada menganiaya rakyat. Rata-rata kalau saman ekor ini di bawa ke mahkamah saya rasa mahkamah akan menolaknya. Ada pendapat mengatakan saman ekor ini tidak valid untuk dibicarakan kerana ia tidak menurut peraturan-peratusan mengenai perundangan. Tetapi kerana sikap rakyat kita malas berurusan dengan mahkamah dan ingin mengelekkan berlaku 'kelecean' ke mahkamah menyebabkan mereka terus sahaja membayarnya.

Mungkin baik juga kalau ada sesiapa yang menghadapi kenderaan mereka disenaraihitamkan ekoran tidak melunas saman ini membawanya ke mahkamah. Biar ianya menjadi precedent apakah saman itu valid atau sebaliknya. Persatuan-persatuan penggunan mungkin boleh menguruskan hal ini. Banyak perkara yang berlaku dalam negara ini di mana rakyat diminta bayaran sedangkan ianya tidak sepatutnya.

Berbalik kepada tindakan iseng Polis menyenaraihitamkan kenderaan yang disaman ekor kerana tidak melunasi kompoun itu perlulah dikaji balik. Musim ini musim 'kaat' - musim rakyat sesak janganlah menyusahkan lagi rakyat dengan kesusahan-kesusahan baru. Harapnya Perdana Menteri peka dan prihatin mengenai hal ini ada kemungkinan juga tindakan iseng Polis ini sebahagian dari ciri-ciri mensebotajkan dan menterbalikan seruan Najib itu, rakyat hendaklah disusahkan!

Komen aku : Memang tak patut!. Wahai kerajaan, kesian la sikit kat kami rakyat Malaysia ni. Tak hairan la kalau bulan-bulan mendatang ni, semakin banyak kenderaan bergerak tanpa cukai jalan.

at 7:01 AM , 0 Comments

Muqaddimah

Salam buat semua.

Hoyeee! Dah buat satu lagi blog. Ni kira blog suka2 je apa nak tulis. Rasa-rasa kalau ada benda yang penting dan boleh dijadikan rujukan, aku akan tulis kat blog nih. Menda yang aku tak puashati pun aku akan tulis. Kalau ada yang nak komen...dialu-alukan. Anyway thanx untuk yang jadi pengikut.

 Kepada yang baru jengok blog ni, selamat datang. Yang mana baik...ambik buat teladan. Yang tak baik...tinggalkan.

Thanks a lot kepada semua yang menyokong kehadiran blog ini. Mekaseh!

at 6:50 AM , 0 Comments